Selasa, 1 Oktober 2013

PERISIAN - Google Melancarkan Web Designer Tool


Google baru sahaja melancarkan perisian rekaan webnya tersendiri. Ia dikenali sebagai Web Designer Tool.

Aplikasi ini dilancarkan untuk kegunaan dua jenis sistem operasi iaitu Windows dan juga Mac. Ia membolehkan pengguna mereka laman web mereka sendiri secara visual. Pada pandangan saya ia lebih kepada konsep WYSIWYG (What You See is What You Get), namun begitu pengguna masih boleh mengakses kod pengaturcaraan dibelakangnya.

Saya masih belum mencubanya, namun menurut pengguna pengguna baru di luar sana. Aplikasi ini cukup mudah dan boleh membantu seseorang (pengguna pertengahan) itu untuk memahami cara mereka web mereka sendiri.

Agak memusykilkan untuk mengetahui bahawa Google sebenarnya memasarkan produk barunya ini hanya untuk kegunaan rekaan iklan HTML5 beranimasi sahaja. Namun begitu, saya percaya Google sebenarnya sedang berusaha untuk bersama sama Adobe Edge Reflow, Macaw dan Webflow dalam persaingan rekaan web masa hadapan.

Ini adalah masa hadapan Internet. Di mana laman web direka dengan lebih mangambil kira bahagian depan daripada kod pengaturcara di bahagian belakang.

Google Web Designer Tool kini dalam versi Beta adalah percuma untuk dimuat turun. Sama-sama kita nantikan kejutan baharu Google selepas ini.

Muat Turun Google Web Designer Tool

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|