Jumaat, 11 Oktober 2013

PERISIAN - Elavatr, Aplikasi untuk Si Usahawan

Idea untuk memulakan sesuatu perniagaan sama ada ia berbentuk produk ataupun perkhidmatan memang selalu terlintas dalam fikiran anda. Namun sejauh mana anda mampu merealisasikan idea itu dan mencapai sasaran yang anda kehendaki?

Apabila anda lihat apa yang Facebook dan Twitter atau mungkin Tumblr telah capai pada hari ini dan bandingkannya dengan 5 tahun sebelumnya, pasti anda akan berkata "Owh, aku pun boleh buat macam itu". Tetapi mengapa kita tidak melaksanakan idea yang sama sedangkan pada waktu itu, sumber yang kita punyai sudah cukup daripada semua aspek. Ya, tanpa kita sedari, untuk menggerakkan idea keusahawanan itu sebenarnya bukan mudah.

Elavatr, sebuah aplikasi iOS yang berasal dari New York didatangkan khas buat para usahawan yang mempunyai idea bernas. Aplikasi ini membimbing anda bermula dengan proses mencambah idea, keberadaan pasaran, produk dan juga model perniagaan. Antaramukanya juga amat ringkas dan minimalis!

Jika dilihat daripada satu sudut, Elavatr mungkin boleh dipandang sebagai satu aplikasi ringkas yang hanya membantu anda mencambah idea dalam perniagaan. Tetapi, hakikatnya, ia menghubungkan anda dengan sumber sumber baru seperti individu individu yang boleh membantu merealisasikan idea anda, seperti; pereka grafik antaramuka, pengaturcara komputer, jurugambar, dan pakar strategi.

Buat masa ini, menurut David Spiro, pengarah dan pengasas Elavatr, mereka sudah mengumpul hampir 80, 000 orang pengguna dengan hasilan 120, 000 idea idea bernas.

ELAVATR



SUMBER.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|