Selasa, 8 Oktober 2013

INFOGRAFIK - Kebaikan dan Keburukan Bekerja Sendiri

Belakangan ini, ramai diantara kita membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaan tetap dan beralih arah untuk bekerja sendiri. Freelancer atau pun bekerja sendiri ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan oleh generasi sebelum kita, antaranya seperti tukang kayu, tukang besi, pemandu pelancong, pelawak, jurugambar, penasihat pereka dalaman dan juga arkitek. Namun begitu, bekerja sendiri pada waktu ini lebih diintegrasikan dengan kemudahan internet yang murah dan mudah.

Tentunya bekerja sendiri, anda memperoleh kelebihan dari segi pembahagian waktu kerja dan juga pemilihan kaedah kerja yang anda lakukan. Bolehlah dikatakan bekerja sendiri ini sama seperti pepatah iaitu "Kalau tidak dipechahkan ruyung, manakan dapat sagunya."

Namun begitu, cabaran yang paling besar dalam bekerja sendiri ini adalah untuk mencari pelanggan. Tambahan pula, anda baru menceburkan diri dalam industri itu.


1 ulasan:

|