Ahad, 20 Oktober 2013

INFOGRAFIK - Bagaimana Serbuk Kopi Terhasil

Kopi sememangnya menjadi kegemaran bagi ramai orang, sama ada diminum pada waktu sarapan pagi ataupun pada bila bila masa yang disuka. Kadangkala, kopi diminum kerana kandungan kafiennya yang boleh merangsang seseorang itu untuk berjaga malam. Ada banyak jenis kopi yang berbeza daripada segi rasa dan aroma, selalunya ia berasal dari beberapa kawasan di dunia ini.

Tahukah anda Tanah Melayu pada era penjajahan British sekitar 1910-an pernah menjadi pusat perladangan biji kopi? Maka oleh sebab itu, tidak hairanlah minuman ini tidak asing lagi dalam budaya masyarakat kita. Pernah anda dengar perkataan Kopitiam?

Namun begitu, adakah anda terfikir bagaimana proses untuk menghasilkan kopi ini dilakukan, bermula dari pemilihan biji kopi sehinggalah menjadi minuman kopi di dalam cawan?

Di bawah ini ada satu infografik berkenaan bagaimana kopi dihasilkan. Ia telah diilustrasikan oleh seorang pereka infografik yang berbakat bernama Dan Zettwoch.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|