Selasa, 1 Oktober 2013

REKA SEMULA - Whatsapp Untuk iOS 7

Untuk pengguna peranti iOS, pasti anda mempunyai aplikasi Whatsapp yang menawarkan khidmat pesanan mesej yang cepat dan boleh dikatakan hampir percuma. Kebolehannya merentas pelbagai platform menjadikannya antara aplikasi pesanan mesej yang popular di dunia.

Namun begitu, apabila Apple mengumumkan kemaskini perisian iOS yang menampilkan antaramuka minimalis, masih banyak aplikasi popular yang sedikit lewat mengadaptasi kelebihan antaramuka itu. Whatsapp adalah salah satunya.

Komuniti pereka antaramuka, seperti biasa akan cuba untuk memberikan cadangan serta kritikan kritis melalui rekaan mereka sendiri. Rekaan semula yang dihasilkan oleh Eduardo Guido antara yang paling menarik perhatian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|