Sabtu, 26 Julai 2014

WEB - 12 Iklan Raya Terbaik untuk 2014

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba. Pelbagai iklan menarik pasti akan dinanti - nantikan oleh ramai daripada kita yang menyambutnya. Jika beberapa tahun lepas, hanya nama nama besar seperti Petronas dan TM sahaja yang selalu menerbitkan iklan Raya, tetapi kini dengan keberadaan internet jalur lebar dan juga laman Youtube. Telah banyak penerbit mula menggunakan platform ini bagi menyampaikan mesej Raya masing masing.



Dalam artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi dengan anda semua, beberapa iklan raya terbaik bagi tahun ini. Iklan iklan tersebut mempunyai pelbagai tema dan mesej tersendiri yang baik untuk dikongsikan. Bermula daripada motif kekeluargaan sehinggalah kepada perpaduan kaum, iklan iklan kreatif seperti ini sebenarnya sedikit sebanyak memeriahkan suasana Raya kita.

Dalam kesempatan ini, kami di Rekareka ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua, para pembaca kami yang setia. Jika anda memandu untuk pulang berhari Raya pada tahun ini, kami doakan perjalanan pergi dan pulang anda sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Ingat, berhati - hatilah ketika memandu. Sentiasa amalkan toleransi semasa memandu.

Jumpa anda minggu hadapan!

ASTRO




PETRONAS




RTM (IKLAN A)




RTM (IKLAN B)




TM




NISSAN x TAN CHONG MOTORS




PROTON




TNB




DEWAN PEMUDA PAS GOMBAK




TV AL HIJRAH




TV3




JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SABAH



Isnin, 21 Julai 2014

INFOGRAFIK - Tragedi MH17. Apa yang Kita Tahu

17 Julai 2014 merupakan satu lagi detik hitam dalam sejarah penerbangan negara kita. Pesawat MH17 yang membawa penumpang dan anak kapal seramai 298 orang itu, telah terhempas akibat ditembak oleh puak pengganas di timur Ukraine.


Sehingga ke hari artikel ini ditulis, masih tidak ada lagi pihak yang mahu bertanggungjawab terhadap insiden ini. Namun begitu, banyak laporan media yang menyatakan, peluru berpandu yang menembak jatuh MH17 dilancarkan dari kawasan yang dikuasai oleh puak pengganas Ukraine.

Semalam, pasukan penyelamat khas dari Malaysia telah dihantar ke Ukraine bagi mengumpulkan mayat mayat mangsa untuk dibawa pulang ke Malaysia disamping menguruskan perkara perkara berkaitan di sana. Malangnya, seperti yang dilaporkan media. Pasukan penyelamat kita tidak dapat mengakses kawasan terhempasnya MH17.

Infografik ringkas di bawah dibuat bagi menggambarkan fakta fakta penting perihal tragedi malang ini. Marilah kita sama sama mendoakan agar pasukan penyelamat Malaysia dapat menjalankan tugasan mereka dengan sempurna, dan semua mayat mangsa dapat dibawa pulang dengan segera ke negara masing masing. Al Fatihah.


Khamis, 17 Julai 2014

PERISIAN - 5 Aplikasi Fotografi Terbaik Android bagi Separuh Pertama 2014

Kebanjiran telefon pintar dalam pasaran semasa, terutamanya yang dijanakan Android OS menyebabkan persaingan kualiti dan harga semakin sengit. Hal ini tentulah memberi kebaikan kepada pengguna supaya dapat membuat pilihan yang lebih baik berdasarkan kemampuan masing masing.



Dalam banyak banyak siri telefon pintar Android. Beberapa model terulung yang selalunya berharga atas RM1000. Mempunyai kualiti kamera yang amat baik setanding dengan siri iPhone daripada Apple. Antara model tersebut adalah, Samsung Galaxy S4, LG G2, HTC One M7 dan juga Oppo Find 7.

Terdapat banyak aplikasi fotografi yang anda boleh peroleh dari Google Play Store. Namun begitu, tidak banyak daripada aplikasi tersebut yang mempunyai kualiti yang baik bagi mengolah kemampuan maksimum kamera telefon anda.

Dalam artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi dengan anda 5 buah aplikasi fotografi terbaik bagi separuh pertama 2014.

VSCO CAM



Boleh dikatakan aplikasi ini merupakan aplikasi professional terbaik untuk jurugambar yang menggunakan telefon Android. Pelbagai kesan efek fotografi ditawarkan secara percuma dalam aplikasi ini. Namun begitu, jika anda mahukan tambahan pilihan variasi sedia ada. Efek efek tersebut dapat dibeli dengan harga berpatutan.

CAMERA ZOOM FX



Time laspe, burst mode merupakan antara fungsi yang ada pada aplikasi ini. Ini membuatkan ia mempunyai ciri lain yang unik daripada aplikasi yang lain. Dengan fungsi tersebut, anda dapat memaksimumkan penggunaan kamera telefon Android anda dengan lebih optimum. Aplikasi ini dijual dengan harga RM9.99.

RETRICA



Jika anda gemarkan efek retro, aplikasi ini menawarkan hampir 80 kesan efek fotografi secara percuma. Walaupun ianya bukanlah antara yang terbaik, tetapi rekaan antaramukanya yang kemas dan teratur membuatkan ia lebih mudah untuk digunakan.

PICLAB



Satu ketika dulu, ramai daripada kita gemar meletakkan ayat atau perkataan di dalam gambar sebelum memuat naik ia di Instagram. Bagi mendapatkan tema rekaan tulisan yang unik, tiada aplikasi lain yang setanding dengan Pic Lab. Dengan memuat turun versi penuh, anda boleh melakukan hampir keseluruhan suntingan manual kepada gambar anda.

PHOTOSHOP TOUCH



Jika anda seorang pengguna tegar Adobe Photoshop, pasti anda merasakan aplikasi aplikasi di atas terlalu mudah untuk digunakan oleh seorang yang pakar seperti anda. Oleh sebab itu, bagi mendapatkan kawalan penuh dalam menyunting gambar anda. Adobe Photoshop Touch merupakan pilihan yang terbaik.

Isnin, 14 Julai 2014

SENI BINA - Masjid Sancaklar di Istanbul. Dibina Di Bawah Tanah atas Inspirasi Gua Hira'

Terletak dalam daerah Buyukcekmece, Istanbul. Masjid yang diberi nama Sancaklar ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan World Architecture Fest bagi kategori tempat ibadat terbaik. Baru sahaja dirasmikan pada bulan Januari yang lepas. Masjid Sancaklar ini amat berbeza rekaannya jika dibandingkan dengan seni bina masjid yang ada di tempat lain. Hal ini kerana, semasa fasa rekaan awalnya dahulu, ia telah direka dengan mengambil kira elemen sejarah yang pernah berlaku dalam dunia Islam.



Dibina dengan kedalaman 7 meter di bawah tanah. Masjid ini diinspirasikan daripada bentuk fizikal Gua Hira' yang terletak di Makkah. Untuk pengetahuan anda, Gua Hira' merupakan tempat dimana baginda Rasulullah SAW menerima wahyu pertama daripada Malaikat Jibril AS.

Menjadi masjid pertama di dunia yang mempunyai hampir keseluruhan struktur binaannya terletak di bawah permukaan tanah. Masjid ini direka oleh seorang arkitek terkenal Turki bernama Emre Erolat.

Untuk pengetahuan anda, dengan keluasan 1,200 meter persegi, masjid ini mampu memuatkan 650 jemaah pada satu satu masa. Selain daripada itu, sistem pencahayaannya pula banyak menggunakan cahaya matahari pada waktu siang, manakala pada waktu malam pula. Lampu yang berbentuk garisan minmal akan menerangi ruang ibadah masjid ini.

Apa yang menarik, ciri ciri binaannya dilihat berjaya menggabungkan elemen seni bina Seljuk dengan elemen seni bina Empayar Uthmaniah dengan baik. Lihatlah saja susunan batu pada kawasan lanskap luar masjid ini yang tampak seperti era pertengahan tetapi kemas dan teratur.

Jika anda mempunyai perancangan untuk ke Turki kelak. Mungkin anda perlu menambah Masjid Sancaklar sebagai salah satu lokasi yang anda perlu lawati untuk bersembahyang sunat tahiyatul masjid.

MASJID SANCAKLAR
















Jumaat, 11 Julai 2014

WEB - 11 Pilihan Laman Web Seni Kreatif & Visual Untuk Inspirasi anda Setiap Hari

Pada masa kini, Internet sememangnya merupakan perpustakaan terbesar yang pernah wujud dalam pengetahuan manusia. Galeri seni, kolesi peristiwa, kerja kreatif, ensiklopedia, nota sejarah dan kajian sains sentiasa dimuat naik saban hari ke dalam Internet.


Namun begitu, sebagai seorang yang gemarkan ilmu ilmu kreatif seperti ini, anda pasti tercari cari, laman web apakah yang paling banyak mengumpulkan topik topik tadi secara kolektif dan boleh dirujuk secara teratur.

Seperti satu koleksi buku nota. Pada artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi 11 pilihan laman web yang mampu memberikan anda inspirasi setiap pagi sejurus apabila komputer anda dibuka.

NIICE - A SEARCH ENGINE WITH TASTE
Niice adalah satu laman enjin carian web yang berorientasikan grafik dan visual. Jika anda mahukan permulaan idea idea baru dengan segera. Niice mungkin apa yang anda cari.

DRAGDIS
Kadangkala, apabila terlalu banyak sumber idea yang anda jumpa dalam Internet. Apa yang paling menyusahkan adalah tugasan bagi mencatat idea tersebut ke dalam buku nota. Dengan adanya Dragdis, semuanya dipermudahkan untuk anda.

PANDA
Bagi membolehkan anda sentiasa berada dihadapan. Terutamanya dalam berita dan trend terkini dalam industri seni grafik. Panda ada menawarkan plugin khusus bagi Google Chrome, atau secara mudahnya. Ia boleh dilayari terus sebagai laman web.

DESIGNINSPIRATION
Designinspiration lebih kepada carian inspirasi seni visual dan grafik secara rawak. Laman web ini mampu menghilangkan kebosanan pagi anda disamping mencambah idea bernas untuk tugasan seharian.

DRIBBLE
Bukanlah satu nama yang asing lagi. Dribble merupakan satu laman web yang memaparkan hasil kerja para pereka kreatif dalam bentuk grid. Jika anda mahu tahu akan trend dan musim terbaru dalam industri kreatif. Cuba layari Dribble.

BEHANCE
Lebih kepada laman web bagi para kreatif untuk memaparkan portfolio mereka. Behance kini sudah dipunyai oleh Adobe. Jika anda mahu mencari inspirasi bagi rekaan grafik ataupun produk ciptaan anda. Behance adalah jawapannya.

PINTEREST
Bermula daripada idea untuk menghias rumah sehinggalah kepada tutorial untuk mereka alat pembesar suara janaan Bluetooth. Pinterest merupakan salah satu laman web terbaik bagi golongan kreatif. Tambahan pula, ia juga boleh menjadikannya sebagai buku nota virtual anda!

WIKIPEDIA
Sejak diluncurkan. Wikipedia telah banyak membantu generasi Y, terutamanya dalam menyiapkan tugasan di sekolah mahupun di Universiti. Padat dengan maklumat yang disumbangkan oleh komunitinya. Anda boleh membaca apa apa sejarah mahupun berita terkini di sini.

INDIEGOGO & KICKSTARTER
Secara khususnya. Dua laman web ini bukanlah laman web khusus bagi melakukan rujukan. Tetapi disebabkan ia dipenuhi dengan idea idea produk kreatif dari seluruh dunia. Maka tidak hairanlah, ramai daripada para pereka kreatif yang lain menjadikan dua laman web pendanaan khalayak popular ini sebagai tempat mencari idea.

SITEINSPIRE 
Mengumpulkan rekaan terbaik dalam dunia Internet secara amnya. Siteinspire merupakan salah satu laman web terbaik jika anda mencari inspirasi dalam rekaan web dan juga seni visual.

HTTPSTER
Antara nama baru dalam dunia Internet. Httpster mengumpulkan idea idea kreatif secara kolektif dalam bentuk grid dan pengekelasan kategori yang teratur. Jika anda mahu menjadi orang yang pertama tahu akan trend di Internet. Laman web ini untuk anda.


|